Wednesday, October 7, 2009

Seminar Meningkatkan Daya Saingan Koperasi
















Pada 27 dan 28 Julai 2009, 2 orang ALK Koperasi Sekolah Menengah Sains Sabah Berhad telah menghadiri Seminar Meningkatkan Daya Saingan Koperasi yang diadakan di Zen Garden Resort, Kundasang, Ranau, Sabah. Tema seminar tersebut ialah ' Meningkatkan Daya Saingan Gerakan Koperasi Melalui Perniagaan Berpotensi Tinggi'. Kursus ini telah dianjurkan oleh Maktab Kerjasama Koperasi, Cawangan Sabah. Seminar ini telah dirasmikan dengan jayanya oleh YB Datuk Seri Panglima Hj Yahya Hussin, Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah dan Pengerusi Majlis Perundingan Koperasi Peringkat Negeri Sabah.
Dalam seminar tersebut peserta didedahkan tentang perniagaan sarang burung, perniagaan pajak gadai cara Islam (Ar-Rahnu) dan Perniagaan Emas Terpakai. Peserta juga mendapat peluang melihat gerakan koperasi di Malaysia dan secara global melalui Forum pakar-pakar koperasi.

Kursus Pentadbiran Dan Pengurusan Koperasi











5 Ahli Lembaga Koperasi Sekolah Menengah Sains Sabah Berhad telah menghadiri Kursus Pentadbiran dan Pengurusan Koperasi yang diadakan di The Cottage Hotel, Kundasang pada 18-19 Ogos 2009. Kursus ini telah dikendalikan oleh Maktab Kerjasama Koperasi. ALK Koperasi yang menyertai kursus tersebut ialah En. Marzuki (Pengerusi), Pn. Koh Ah Gek (Pengurus Kedai), En. Dato Ramli ( Juruaudit), En. Darsin ( Bendahari) dan En. Tan Hin Long (Belian & Jualan). Kursus ini telah memberikan pendedahan yang amat berguna kepada ALK tentang aspek perundangan dan cara-cara mentadbir koperasi secara berkesan. Kursus ini juga memberikan garis panduan yang terperinci tentang cara mengendalikan Mesyuarat agung Koperasi.




Majulah Koperasi untuk SMESH !!!!

Lawatan SMK Merotai, Tawau











Seramai 8 orang guru dari SMK Merotai, Tawau telah melawat ke Koperasi Sekolah Menengah Sains Sabah Berhad pada bulan Jun 2009. Tujuan lawatan ini adalah untuk melihat dan megenali serba sedikit tentang urusan perniagaan yang dijalankan di Koperasi SMESH Berhad. Rombongan SMK Merotai di sambut oleh Pengerusi Koperasi, En. Marzuki dan beberapa Ahli Lembaga koperasi yang lain. Taklimat tentang koperasi telah disampaikan oleh Pn. Koh Ah Gek, En. Dato Ramli dan En. Tan Hin Long.