Sunday, August 15, 2010

Lawatan Koperasi SM SAINS MUAR BHD

Pada 6hb.Ogos 2010, Koperasi SM Sains Muar Bhd telah mengadakan lawatan ke Koperasi Sekolah Menengah Sains Sabah Berhad. Lawatan ini telah diketuai oleh PK KoKurikulum SAMURA En Jaafar. Seramai 7 orang guru telah sempat melawat koperasi dan Penjelasan tentang perkembangan koperasi telah diberikan oleh En.Datu Rambli dan Puan Koh Ah Gek. Guru-guru SAMURA sangat tertarik dengan konsep kedai terbuka yang diamalkan oleh Koperasi SMESH Berhad kerana mereka masih mengamalkan cara yang konvensional.
Selain daripada itu, Guru-guru SAMURA juga memuji pelajar-pelajar dan guru-guru SMESH kerana menjalankan operasi koperasi tanpa bantuan pekerja luar. Mereka juga sangat tertarik dengan 'waffle' dan 'meshed potatoe' yang dijual di koperasi. Pada akhir lawatan tersebut sesi bergambar telah diadakan.
Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment