Wednesday, May 27, 2009

Laporan Pertandingan Petanq Peringkat Negeri 2009



Pada 18 April 2009, Koperasi Sekolah Menengah Sains Sabah telah menghantar 2 pasukan petanq untuk mengambil bahagian dalam Pertandingan Petanq Peringkat Negeri 2009 yang berlangsung di Gelanggang Petanq Sekolah Menengah Taman Tun Fuad. Pasukan Lelaki terdiri daripada Baharuddin Bakar, Raysieo Duakin dan Masrie Tumbil. Manakala pasukan perempuan pula diwakili oleh Racheal, Jacquline dan Nur Ayu. Pasukan sekolah telah diiringi oleh En. Tan Hin Long dan Ms. Koh Ah Gek.

Dalam perlawanan hari yang pertama, pasukan lelaki sekolah telah mengalahkan 3 buah sekolah yang lain iaitu Sekolah Menengah Mat Salleh, S M Tansau untuk melayakkan diri ke peringkatan suku akhir. Pasukan perempuan sekolah hanyak dapat menduduki tempat yang ketiga dalam kumpulan B dan tidak dapat mara ke pusingan seterusnya. Pasukan lelaki sekolah telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam pertandingan pertandingan pada hari kedua dan seterusnya menjuarai Pertandingan Petanq Peringkat Negeri 2009. Pasukan Petanq telah menerima piala kemenangan dan 2 set bola petanq yang bernilai RM560. Dengan keputusan tersebut, Pasukan Petanq SMESH telah melayakkan diri untuk ke pertandingan petanq peringkat Kebangsaan 2009 yang akan berlangsung di Cheras, Kuala Lumpur pada bulan Mei nanti.

Tahniah dan Syabas.

No comments:

Post a Comment