Saturday, May 30, 2009

Laporan Pertandingan Petanq Peringkat Kebangsaan 2009




Pada 22 hingga 24 Mei 2009, Pasukan Petanq SMESH telah mengambil bahagian dalam Pertandingan Petanq Kebangsaan 2009 yang diadakan di Gelanggang Petanq Bridged Tengah PGA, Cheras, Selangor. Pasukan Petanq SMESH yang terdiri daripada Baharudin Bakar, Raysieo Duakin dan Masri Tumbil telah diiringi oleh En. Tan Hin Long selaku guru pengiring.
Pasukan SMESH berkumpul di Terminal 2, Kota Kinabalu seawall 7.00am bersama dengan pasukan Petanq perempuan dari SMK Bandaraya. Pasukan lain yang turut mengambil bahagian ialah Pasukan Petanq dewasa dari SMK Arshad dan Pasukan Petanq KOPEKS.
Pasukan Petanq Sabah tiba di LCCT pada pukul 12.15n dan disambut oleh urusetia dari pihak ANGKASA dan dibawa ke Hotel Brisdale yang terletak di Chow Kit. Kontingen Sabah telah berehat pada petang tersebut sebelum menghadiri taklimat pertandingan yang bermula pada pukul 8pm. Dalam cabutan udi pada malam tersebut, Pasukan SMESH telah diletakkan dalam kumpulan A bersama dengan pasukan dari Melaka, Pulau Pinang dan Johor.
Pada 23 Mei, kontingen Sabah telah bertolak ke tempat pertandingan iaitu Gelanggang Petanq Bridged Tengah PGA pada pukul 7.30 am. Semua kontingen yang bertanding berbaris di gelanggang petanq pada 8.00am untuk mendengar ucapan perasmian dari wakil Kementerian Belia dan Sukan. Selepas ucapan tersebut, pertandingan terus dimulakan. Dalam perlawanan pertama, Pasukan SMESH telah ditemukan dengan Melaka, SMESH kalah dengan keputusan 13-9. Dalam perlawanan yang kedua, SMESH telah bertemu dengan pasukan Johor. SMESH menang dengan keputusan 13-11. SMESH ditemukan lagi dengan pasukan Melaka sekali lagi di mana SMESH telah kalah dengan keputusan 13-1. Ini telah menamatkan perjuangan SMESH ke perlawanan seterusnya kerana hanya menduduki tempat ketiga dalam Kumpulan A.
Pada 24 Mei, pertandingan akhir dan separuh akhir telah diadakan. Selepas tamat perlawanan, pasukan SMESH telah melawat ke KLCC dengan kontingen Sabah yang lain. Pasukan tiba di LCCT pada pukul 7.00pm dan tiba di Terminal 2, Kota Kinabalu pada pukul 11.30 malam.
Kami berharap agar pasukan Petanq SMESH tahun hadapan akan mencapai keputusan yang lebih cemerlang lagi pada tahun hadapan.

No comments:

Post a Comment